sementara masih ada masa terluang di pagi ni,ntah kenapa hati aku ni tiba2 nk tulis pasal pendakap gigi atau lebih dikenali sebagai baraces..zaman sekarang ni ramai sgt org yang nak pakai braces walhal aku tengok kdg2 gigi dia org tak lah seteruk gigi aku.bukan jongang ye tp menurut kata doktor,gigi aku ni jenis besar tp rahang aku kecil,sbb tu lah mulut aku ni tak muat nk menampung gigi-gigi aku yang besar2 tu (ni kes gigi berlapis2).pagi ni aku search pasal hukum memakai braces atau pendakap gigi di internet...so,baca punya baca,barulah aku faham bahawa haram kita memakai braces dengan tujuan untuk kecantikan semata2 tp pemakaian braces menjadi harus kerana adanya keperluan untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya.
Sebenarnya sebelum aku pakai braces dulu,aku dah baca pasal soal jawab hukum pemakaian braces ni..sbb tulah aku rasa aku perlu pakai braces ni..bukan tujuan aku nk kelihatan cantik pun tapi semata2 kerana aku rasa rendah diri bila berhadapan dengan org lebih2 g time tersenyum tu...tu blum masuk lg kutukan2 org lain pasal keunikan gigi aku tu...diberi gelaran gigi taring le..cam pontianak lah...karang aku jd pontianak betul2 kang,aku cari n gigit kau..baru padan muka kau...hehehe..so, aku harap jgn lah ada org lain g yang mempertikaikan keputusan kenapa aku pakai braces nih...ko org tak berada di tempat aku,manalah kau org tau kan macam mana rasanya sakit hati aku bila org kutuk aku..bukannya aku mintak pun gigi aku jd macam tu..dh mmg semulajadi,terima jelah...tak pelah...sabar je lah..
ini ada satu petikanyang aku copy n paste dalm forum soal jawab agama berkaitan pemakaian braces ni supaya kau org x konfius g...
'Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.'
Wallahu a’lam.
