CafeMom Tickers

Wednesday, April 21, 2010

braces (pendakap gigi)

sementara masih ada masa terluang di pagi ni,ntah kenapa hati aku ni tiba2 nk tulis pasal pendakap gigi atau lebih dikenali sebagai baraces..zaman sekarang ni ramai sgt org yang nak pakai braces walhal aku tengok kdg2 gigi dia org tak lah seteruk gigi aku.bukan jongang ye tp menurut kata doktor,gigi aku ni jenis besar tp rahang aku kecil,sbb tu lah mulut aku ni tak muat nk menampung gigi-gigi aku yang besar2 tu (ni kes gigi berlapis2).pagi ni aku search pasal hukum memakai braces atau pendakap gigi di internet...so,baca punya baca,barulah aku faham bahawa haram kita memakai braces dengan tujuan untuk kecantikan semata2 tp pemakaian braces menjadi harus kerana adanya keperluan untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya.
Sebenarnya sebelum aku pakai braces dulu,aku dah baca pasal soal jawab hukum pemakaian braces ni..sbb tulah aku rasa aku perlu pakai braces ni..bukan tujuan aku nk kelihatan cantik pun tapi semata2 kerana aku rasa rendah diri bila berhadapan dengan org lebih2 g time tersenyum tu...tu blum masuk lg kutukan2 org lain pasal keunikan gigi aku tu...diberi gelaran gigi taring le..cam pontianak lah...karang aku jd pontianak betul2 kang,aku cari n gigit kau..baru padan muka kau...hehehe..so, aku harap jgn lah ada org lain g yang mempertikaikan keputusan kenapa aku pakai braces nih...ko org tak berada di tempat aku,manalah kau org tau kan macam mana rasanya sakit hati aku bila org kutuk aku..bukannya aku mintak pun gigi aku jd macam tu..dh mmg semulajadi,terima jelah...tak pelah...sabar je lah..

ini ada satu petikanyang aku copy n paste dalm forum soal jawab agama berkaitan pemakaian braces ni supaya kau org x konfius g...

'Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.' 

Wallahu a’lam.

Friday, April 9, 2010

akhirnya..

akhirnya sexy lingerie sampai ke tangan ku pagi ni masa aku g ke bilik photostat..x sabar rasanya aku nk buka n tgk lingerie tu..

Thursday, April 8, 2010

lingerie ku...

bestnye aku rasa bila aku baca emel malam td menyatakan lingerie yang aku pesan tu telah diposkan ke aku..tak sabar rasanya aku nk terima lingerie tu..harap2 ari ni sampai la...menjak semenjak ni ntah kenapa koleksi lingerie yang bagi ku mmg cantik2 belaka ni jd kegilaan aku..kalu leh,aku nk beli satu almari khas menempatkan koleksi lingere seksi aku tu..hehehe...tp tu pun kalu cik abgnya izinkanlah..hehe..kainnya mmg lembut sesangat..lagi pun harganya aku rasa mampu dimiliki oleh semua org..so,aku rasa berbaloilah kalau beli pun..:)

Monday, April 5, 2010

Implikasi “Maksiat Sebelum Berkahwin” di Alam Perkahwinan

Artikel ini saya copy dari laman web yang boleh dikatakan agak popular juga di malaysia ini.smoga menjadi panduan dan ingatan buat diri,bakal pasangan dan anda semua.

Setiap kali di dalam kuliah tafsir Al-Quran Dr Danial Zainal Abidin, terdapat satu sessi yang dikhaskan untuk bersoal-jawab. Di dalam sessi tersebut para hadirin akan mengajukan soalan-soalan tertentu. Ada yang berkaitan dengan kuliah tafsir, ada yang di luar skop pengajaran pada hari itu. Ada soalan diajukan secara lisan, ada soalan dimasukkan ke dalam ‘kotak soalan’ untuk merahsiakan identiti si penanya.


Suatu hari beliau menerima soalan seperti berikut,

 
“Saya telah mengenali pasangan saya hampir 2 tahun. Kami selalu berjumpa dan bersama ke mana sahaja. Dia seorang gadis yang baik, ilmu agamanya juga ada. Saya memang ada rancangan mahu mengahwininya, namun orang tua saya tidak merestui dengan alasan jauh. Teman saya selalu menyuruh saya agar kami memperapatkan perkahwinan dan tidak terus dengan maksiat yang tidak ada kesudahan. Saya amat kasihankan teman saya. Adakah berdosa saya berkahwin tanpa restu orang tua, hanya kerana niat mengelakkan maksiat.”


Ketika memberi pandangan kepada persoalan di atas, beliau telah secara umumnya menyuruh menginggalkan maksiat seberapa segera sebelum berkahwin. Menurutnya, maksiat sebelum berkahwin menghilangkan keberkatan, mendatangkan pengaruh selepas berkahwin, menghilangkan rasa hormat atau integeriti kepada pasangan selepas berkahwin.


Beliau memberi contoh apabila si suami ingin bertegas atau menegur si isteri dalam hal-hal terntentu lalu mendapat respon negatif daripada isteri dengan ejekkan tentang hal-hal sebelum berkahwin. Akhirnya rumatangga tersebut tidak akan mengalami perubahan ke arah kebaikkan.


Saya bersependapat, setiap perlakuan maksiat sepatutnya dihentikan sebelum berkahwin, diiringi dengan taubat. Perkahwinan pula dilakukan sekiranya takut perlakuan maksiat itu berulang dan bukannya berfikir, “tak mengapa kita lakukan ini, nanti kita akan kahwin jugak..” Ditakuti perkahwinan tidak menjadi, namun telah jauh terbabas sehingga tiada jalan kembali.

Menyentuh tentang “ilmu agamanya” yang ada di dalam diri pasangan si penyoal, Dr Danial berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai asas agama tidak semestinya memahami apa yang mereka tahu. Sekiranya seseorang itu memahami dan menghayati apa yang mereka tahu, sudah tentu mereka akan menjauhi maksiat.


Ketika mendengar Dr Danial menjelaskan tentang hal ini, teringat saya kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w, “tidaklah seorang itu bernama alim (berilmu) sebelum berbuat menurut ilmunya”.Hadith ini telah direkodkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi daripada Abi Darda’.

Berhubung dengan restu ibu bapa, Dr Danial berkata Islam amat mementingkan restu ibu bapa di dalam sesuatu perkahwinan. Namun menurut beliau terdapat mazhab yang membenarkan perkahwinan tanpa restu ibu bapa dengan tujuan mengelakkan maksiat, asalkan mereka telah mencukupi umur tertentu. Bagaimanapun, beliau menyuruh agar kedua-dua berjumpa juga dengan ibu bapa untuk meminta maaf dan restu walaupun sudah tahu akan dimarahi.


Unfortunetely, saya tidak dapat menyiarkan rakaman audio sessi soal-jawab berkenaan kerana tidak mendapat kebenaran daripada penceramah. Mungkin beliau khaskan ilmu-ilmunya pada sessi soal-jawab hanya untuk mereka yang hadir.

*kepada penulis asal,sila berhubung dengan saya sekiranya tidak mengizinkan saya menyiarkan artikel di blog ini.

.