CafeMom Tickers

Wednesday, March 31, 2010

ganasnyer perempuan ni..

Dah berapa ari aku x edit kat blog ni akibat kesibukan aku.Baru je aku berkira-kira nak edit,ada je keje yg dtg.Kacau daun betul la..mata aku pun dh berpinar2 sbb dr pg td asyik dok mengadap pc je kejanya.
Teringat aku satu kisah masa aku nk pergi keje pg td.Situasi ini berlaku di stesyen monorail kl sentral masa aku tgh beratur menuggu ketibaan monorail.Tidak sampai 5 minit aku menunggu, monorail pun tiba.Mase aku tgh berjalan masuk ke dalam monorail, aku tgk prmpuan kat dpn aku yg tengah beratur kat sebelah kanan line aku telah ditolak org seseorang dengan kasarnya.Hampir nk terjatuh lak perempuan tu.Aku ckp dlm hati,mak oi...ganasnyer org yang tolak tu..nasib baik bukan aku yang ditolaknya.Aku pun cepat2 lah toleh ke belakang utk melihat siapalah gerangannya orang yang menolak perempuan tersebut.Rupa2nya seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50an.Aku tengok dari atas sampai ke bawah perempuan tu..pakai baju kurung,nampak je sopan dari luaran tp rupa2nya dalaman macam tu...hampeh betul..tak penyabar betul.Macam lah monorail tu nak bergerak masa tu gak pun...Nasib baik lah aku tak ditolaknya..kalau tidak,mahu je aku solatkan hajat 12 rakaat khas untuk kau wahai perempuan supaya esok2 di lain masa n waktu,kau tidak akan buat lagi pada orang lain...:)